Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada 200 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2024 untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2024. Permohonan adalah secara dalam talian akan dibuka bermula 28 April sehingga11 Mei 2025 (jam 5.00 ptg). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah: