Sunday, 3 March 2019

Tawaran Biasiswa Pendidikan Premium Yayasan Bank Rakyat



Yayasan Bank Rakyat (YBR) menawarkan biasiswa premium kepada warga Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun dengan purata purata gred kumulatif (PNGK) sebanyak 3.50 yang berminat untuk mengikuti ijazah sarjana muda dalam bidang perbankan atau perniagaan.


SYARAT KELAYAKAN
Setiap pemohon perlu memenuhi kriteria dan syarat kelayakan seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  • Mod pengajian adalah sepenuh masa.
  • Terbuka kepada pelajar semester satu sahaja.
  • Tempoh pengajian maksimum adalah 4 tahun.
BIDANG TAJAAN
Bidang pengajian adalah diutamakan kepada bidang Perbankan dan Perniagaan.
NILAI BIASISWA
Jumlah tajaan merangkumi yuran pengajian dan sara diri.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online) menerusi PAUTAN di bawah.
2. Tarikh akhir permohonan adalah pada 28 Mac 2019.